KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun memulakan kempen Terbuka Perancis 2025 dengan penuh bergaya apabila mudah menyingkirkan pasangan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju di pusingan pertama di Arena Glaz, Cesson-Sevigne hari ini.
Beregu pilihan ketujuh itu mencatat kemenangan 21-9, 21-13 dalam masa 27 minit pada hari pembukaan kejohanan Super 750 itu.
Pasangan nombor lima dunia itu akan bertemu juara Terbuka Artik 2025 dari England Ben Lane-Sean Vendy dalam perlawanan berikutnya.
Lane-Vendy menafikan pertemuan sesama beregu Malaysia di pusingan kedua apabila mereka menyingkirkan pasangan profesional negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong 21-14, 21-13.
Terdahulu, beregu campuran profesional Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien gagal menamatkan badi kekalahan kepada pasangan Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran selepas tewas 17-21, 17-21 sekali gus mencatat kekalahan ketiga berturut-turut kepada pasangan pilihan ketiga itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial