SUKAN > BERITA

CABARAN BEREGU CAMPURAN NEGARA TAMAT DI SUKU AKHIR TERBUKA PERANCIS

24/10/2025 08:58 PM

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Cabaran beregu campuran negara di Terbuka Perancis berakhir selepas kedua-dua pasangan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta Goh Soon Huat-Shevon Lai, tewas pada peringkat suku akhir yang berlangsung di Glaz Arena, Cesson-Sevigne, hari ini.

Tang Jie-Ee Wei, pasangan nombor tiga yang juga juara dunia, ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 9-21, 18-21 dalam masa 37 minit.

Keputusan itu menyaksikan gandingan negara berkenaan gagal mengekalkan rekod bersih dalam tiga pertemuan dengan lawan sama selepas menewaskan mereka pada Masters China 2025 dan Terbuka Artik 2023 di Finland.

Sementara itu,  beregu campuran profesional Soon Huat-Shevon terpaksa akur apabila tunduk kepada gandingan nombor dua dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, 18-21, 16-21 dalam masa 43 minit.

Kekalahan itu menyaksikan pasangan suami isteri berkenaan tersingkir di suku akhir buat kali keempat berturut-turut, selepas mengalami nasib sama di Terbuka Denmark, Terbuka Artik dan Terbuka Korea sebelum ini.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan