SEPANG, 26 Okt (Bernama) -- Pelumba Elf Marc VDS Racing Team Jake Dixon meraih gelaran ketiga musim ini selepas muncul juara kelas Moto2 pada Grand Prix (GP) Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.
Pelumba British berusia 29 tahun itu menjadi pelumba pertama melepasi garisan penamat dengan catatan masa 23 minit 05.269 saat (s).
Dixon menamatkan perlumbaan di hadapan pelumba CFMOTO RCB Aspar Team David Alonso yang meraih tempat kedua (+2.035s), manakala pelumba Fantic Racing Barry Baltus (+2.745s) melengkapkan kedudukan podium itu.
Ia merupakan kemenangan ketiga Dixon musim ini selepas mengungguli GP Argentina dan GP Amerika Syarikat (AS).
Sementara itu, dua pelumba wildcard Malaysia iaitu Muhammad Helmi Azman dan Azroy Hakeem Anuar daripada Petronas MIE Racing RW menamatkan saingan masing-masing di tempat ke-23 dan 24 daripada 30 pelumba.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial