KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Dua beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Hylo 2025 selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi pembukaan di Saarbrucken, Jerman, awal pagi tadi.
Pada aksi di Saarlandhalle, Aaron-Wooi Yik yang juga merupakan pilihan utama kejohanan mudah menewaskan beregu England Alex Green-Zach Russ 25-23, 21-14 untuk menempah pertemuan menentang gandingan Jiri Kral-Ondrej Kral dari Republik Czech.
Sementara, Sze Fei-Nur Izzudin turun selaku pilihan kedua kejohanan mengiringi kemaraan itu dengan menundukkan gandingan Alexander Dunn-Adam Pringle dari Scotland 21-17, 22-20.
Gandingan negara itu akan menentang beregu Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard di pusingan kedua.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial