KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pemain beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menepati ramalan apabila mara ke pusingan kedua Masters Kumamoto di Jepun hari ini.
Pasangan ranking keempat dunia itu tidak berdepan banyak masalah untuk menumpaskan gandingan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju 21-17, 21-13 dalam masa hanya 30 minit.
Sze Fei-Nur Izzuddin seterusnya dijadual berdepan pasangan tuan rumah sama ada Tori Aizawa-Daisuke Sano atau Keiichiro Matsui-Katsuki Tamate bagi memburu tiket ke suku akhir.
Sementara itu, beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting melakar kejutan selepas menumbangkan pilihan kelima kejohanan dari Taiwan, Sieh Pei Shan-Hung En Tzu, 22-20, 18-21, 21-10.
Xin Yee-Carmen dijadual bertemu pasangan Jepun, Riu Hirokami-Sayaka Hobara yang mara selepas menundukkan gandingan Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jennie Gai 20-22, 21-15, 21-14.
Keputusan lain melibatkan pemain Malaysia:
Tan Wee Kiong–Nur Azriyn Ayub mn Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng (TPE) 21-16, 21-14
Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King mn Chang Ko Chi-Po Li Wei (TPE) 21-19, 21-12
Choong Hon Jian-Haikal Nazri mn Shibata Kazuki-Naoki Yamada (JPN) 21-19, 21-16
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mn Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh (TPE) 21-18, 21-18
Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita (JPN) mn Man Wei Chong-Tee Kai Wun 21-19, 21-18
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial