SUKAN > BERITA

SUKAN SEA 2025: MALAYSIA TUNDUK KEPADA VIETNAM 2-5

06/12/2025 04:15 PM

Daripada Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 6 Dis (Bernama) -- Malaysia sekali lagi mencatatkan kekalahan dalam acara besbol Sukan SEA Thailand 2025 apabila tewas 2-5 kepada Vietnam di Stadium Besbol, Pusat Sukan Queen Sirkit Pathum Thani di sini hari ini.

Walaupun menampilkan prestasi terbaik penuh semangat dalam perlawanan itu, skuad negara ternyata sukar menyaingi intensiti Vietnam dan ketinggalan sejak awal permainan lagi.

Ketua jurulatih kebangsaan Teng Chih Wei berkata kedua-dua pasukan menampilkan perlawanan yang seimbang namun Vietnam lebih tenang dan cekap pada saat-saat penting.

“Kita ketinggalan sejak awal perlawanan, namun pemain berjuang habis-habisan sepanjang perlawanan, kerana kedua-dua pasukan berhasrat meraih kemenangan pertama mereka,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Malaysia akan berdepan Filipina yang berkenduri gol selepas menewaskan Indonesia 14-0.

Hanya juara kumpulan dan naib juara terbaik akan melangkah ke final, manakala tempat ketiga dan keempat kumpulan akan menentukan pingat gangsa.

Temasya Sukan SEA Thailand 2025 akan berlangsung di dua wilayah iaitu Bangkok dan Chonburi pada 9 hingga 21 Nov.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sukan SEA boleh melayari  visit https://seagames.bernama.com

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan