SUKAN > BERITA

SUKAN SEA: ZAKIAH RAIH GANGSA ACARA KUMITE

13/12/2025 06:57 PM

BANGKOK, 13 Dis (Bernama) -- Atlet karate wanita negara, Zakiah Adnan meraih pingat gangsa acara kumite wanita kategori bawah 68 kilogram (kg) pada Sukan SEA 2025 di Kompleks Kerajaan Chaeng Watthana di sini hari ini.

Atlet berusia 22 tahun itu pada awalnya mara hingga ke peringkat suku akhir sebelum tewas, namun kembali diberi peluang bersaing menerusi pusingan repechage bagi penentuan pingat gangsa.

Zakiah tidak mensia-siakan peluang berkenaan apabila bangkit menewaskan wakil Myanmar, Ei Ei Moe, 9-6 untuk mengesahkan pingat gangsa miliknya.

“Saya memang berpuas hati kerana sepanjang tahun ini saya sering berdepan kecederaan sejak awal musim hingga kejohanan Persekutuan Karate Dunia (WKF).

“Walaupun masih belum pulih sepenuhnya, semua pengorbanan dan teguran jurulatih akhirnya berbaloi,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Setakat ini, kem karate negara mengumpul dua pingat emas, satu perak dan empat gangsa secara keseluruhan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan