SUKAN > BERITA

MASTERS INDONESIA: AARON-WOOI YIK KANDAS DI PUSINGAN PERTAMA

20/01/2026 05:47 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dikejutkan seawal pusingan pertama kejohanan badminton Masters Indonesia 2026 yang berlangsung hari ini.

Pilihan utama kejohanan itu terpaksa berputih mata selepas tewas dalam pertarungan tiga set 22-20, 19-21, 16-21 di tangan gandingan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard pada kejohanan berstatus Super 500 itu.

Kekalahan tersebut hadir selang beberapa hari selepas kedua-dua mereka kandas di separuh akhir Terbuka India.

Turut mengakhiri saingan pusingan pertama beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting yang tewas kepada pilihan keenam kejohanan dari Jepun Kaho Osawa-Mai Tanabe 19-21, 18-21.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan