SUKAN > BERITA

TSG SASAR DUA PODIUM, TIGA JERSI DI TOUR OF SHARJAH

22/01/2026 05:49 PM

KUALA TERENGGANU, 22 Jan (Bernama) -- Pasukan berbasikal bertaraf benua Terengganu Cycling Team (TSG) menyasarkan dua podium dan tiga jersi pada Tour of Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Jan ini.

Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus berkata sebanyak enam pelumba akan menggalas cabaran di perlumbaan bertaraf 2.2 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu.

Beliau berkata mereka terdiri daripada Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff, Nur Amirul Fakhruddin, Muhammad Shahmir Aiman Abd Halim, Adne Van Engelen, Vadim Pronskiy dan Pierre Barbier.

"Pada tahun lepas, TSG telah berjaya memenangi peringkat ketiga dan keempat di perlumbaan sama. 

"Oleh itu, tahun ini kita berharap dapat mencatat pencapaian lebih cemerlang dengan memenangi tiga jersi dan dua podium," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata para pelumba akan mengharungi lima peringkat perlumbaan dengan jarak keseluruhan sejauh 502.96 kilometer.

TSG dibarisi 15 pelumba termasuk lima tonggak baharu, antaranya dari Britain, Sepanyol, Belanda dan Australia bagi menghadapi pelbagai saingan musim ini.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan