SUKAN > BERITA

TANG JIE-EE WEI SAHKAN TEMPAT DI PUSINGAN AKHIR MASTERS INDONESIA 2026

24/01/2026 05:16 PM

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee We mengesahkan kemaraan ke pentas akhir Masters Indonesia 2026 selepas mengejutkan pasangan nombor dua dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, pada aksi separuh akhir di Jakarta hari ini.

Juara dunia itu tampil cemerlang dengan kemenangan straight set 21-17, 21-12 dalam tempoh 33 minit pada perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan.

Menanti gandingan ranking keempat dunia itu di pentas akhir ialah pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir antara pasangan tuan rumah, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu, atau wakil Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje.

Dalam kategori perseorangan wanita, cabaran pemain negara K. Letshanaa bagaimanapun terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas kepada wakil Thailand, Pitchamon Opatniputh, 15-21, 17-21.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan