KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) negara muncul juara Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) 2026 selepas menewaskan Thailand 10-5 pada aksi final di Stadium Yio Chu Kang, Singapura hari ini.
Ketua jurulatih ragbi 7s negara Nik Safuan Ismade Nik Man berkata pemainnya layak diberi pujian selepas menunjukkan komitmen dan kesungguhan ketika aksi dan persiapan bagi menghadapi kejohanan tersebut.
"Walaupun tempoh persiapan singkat komitmen yang diberikan oleh pemain amat memberangsangkan dan mereka telah berjaya menunjukkan potensi sebenar," katanya kepada pemberita menerusi rakaman video yang dikongsi kepada pemberita hari ini.
Malaysia melangkah ke final selepas muncul juara Kumpulan B apabila membelasah Kemboja 66 tanpa balas sebelum menewaskan Brunei 57-7 dan mengecewakan Singapura 38-0 di semalam.
Berbeza nasib, skuad ragbi wanita negara apabila terpaksa akur di tempat kedua selepas tewas 41-0 kepada Thailand dalam aksi final kejohanan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial