SUKAN > BERITA

MAS BAKAL UMUM PENGGANTI ANDERSON PADA BULAN MAC - ANDY

05/02/2026 05:32 PM

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Akuatik Malaysia (MAS) dijangka mengumumkan pelantikan jurulatih baharu skuad renang negara selewat-lewatnya pada Mac ini.

Setiausaha Agung MAS Andy Low berkata sebanyak tiga individu menyatakan minat untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

“Kami sudah ada tiga calon untuk mengisi jawatan jurulatih skuad renang kebangsaan. Dua daripadanya adalah calon dari luar negara.

“Kami harap proses itu dapat diselesaikan segera dan paling lewat pada bulan tiga ini. Sebab tahun ini kita ada banyak kejohanan yang bakal disertai perenang negara,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, bekas jurulatih skuad renang kebangsaan Eric Anderson mencapai kata sepakat bersama MAS untuk tidak menyambung perkhidmatannya yang berakhir pada 31 Dis 2025.

Tugasan terakhir Anderson adalah pada Sukan SEA 2025 di Thailand yang menyaksikan skuad renang negara meraih dua emas, tiga perak dan lima gangsa.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding lapan pingat (satu emas, tiga perak, empat gangsa) di Phnom Penh 2023 serta tujuh pingat (satu emas, empat perak, dua gangsa) di Hanoi 2021.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan