SUKAN > BERITA

SKUAD RAGBI WANITA NEGARA JUARA EDISI SULUNG KEJOHANAN 15S ASIA TENGGARA

14/02/2026 08:06 PM

PETALING JAYA, 14 Feb (Bernama) -- Pasukan ragbi wanita 15 sebelah (15s) negara muncul juara edisi sulung Kejohanan Ragbi Wanita 15s Asia Tenggara (SEA Women’s XV) selepas membelasah Filipina 78-0 pada aksi terakhir liga sepusingan di Padang Astaka, di sini hari ini.

Kejayaan itu hadir selepas satu lagi pasukan, Singapura yang diikat 15-15 oleh anak buah Raimi Mohd Yusof pada aksi pembukaan kejohanan 8 Feb lepas hanya mampu menundukkan Filipina 51-0 pada Rabu.

Dalam aksi menentang Filipina, skuad 15s wanita kebangsaan bermula garang dengan deretan try sehingga mendahului 38-0 sebelum separuh masa berakhir. 

Malaysia terus mengukuhkan kedudukan dengan meraih 40 lagi mata di babak kedua untuk menjuarai kejohanan yang disertai tiga negara itu.

Sementara itu, Raimi berkata beliau tidak menjangkakan anak buahnya mampu mencipta kejutan  membenam pasukan pelawat dengan jumlah mata yang begitu besar. 

“Kita belajar daripada kesilapan ketika aksi menentang Singapura. Kita tahu Filipina ada kelebihan fizikal, jadi kita perkukuhkan aspek pertahanan dan skuad negara memiliki kepantasan untuk melakukan serangan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu hari ini. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan