SUKAN > BERITA

RACHEL KE SUKU AKHIR PIALA CINCINNATI GAYNOR 2026

20/02/2026 02:39 PM

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Pemain skuasy wanita negara Rachel Arnold mara ke suku akhir Piala Cincinnati Gaynor selepas menewaskan Menna Hamed dari Mesir, dalam perlawanan berlangsung di Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat (AS).

Pemain ranking ke-24 dunia itu yang mendapat kemenangan percuma pada pusingan pertama, tidak berdepan masalah untuk menang mudah 11-3, 11-7, 11-4 dalam tempoh 22 minit.

Bagaimanapun, tugas getir menanti pemain berusia 29 tahun itu dalam misinya memburu tempat ke separuh akhir apabila akan berdepan pilihan pertama Georgina Kennedy dari England, yang sebelum itu menewaskan seorang lagi pemain Malaysia Ainaa Amanani Ampandi dalam aksi suku akhir.

Georgina  menang mudah 11-8, 11-8, 11-4 dalam tempoh 24 minit.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan