KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli mengakui masih perlu memperbaik gaya tunggangan untuk meningkatkan prestasi pada perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia musim ini.
Pelumba AEON Credit MT Helmets-MSI Racing itu berkata turut perlu menambah baik kemahiran berkomunikasi dengan Ketua Kru Jonathan Morales yang merupakan aspek penting dalam memastikan jentera dapat diselaraskan mengikut kesesuaian perlumbaan.
“Setakat ini tiada masalah besar cuma saya perlu mempertingkat komunikasi, terutamanya dalam bahasa Inggeris,” katanya pada Majlis Menandatangani Kerjasama MSI Racing Team bersama AEON Credit di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol.
Pelumba berusia 18 tahun itu berkata telah bekerjasama dengan Morales sejak Junior GP dan kini memasuki tahun ketiga.
Dalam pada itu, Hakim Danish optimis sasaran meraih kedudukan podium mampu dicapai dengan kerja keras sepanjang musim.
“Bagi saya kedudukan podium tidak mustahil dan saya akan bekerja keras untuk mencapai sasaran itu. Saya harap ia dapat dicapai secepat mungkin dan akan cuba berbuat demikian dalam setiap perlumbaan,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial