WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PM ANWAR HARAP PEMBANGUNAN KAMPUNG CHENGAL LEMPONG BAWA MANFAAT KEPADA MASYARAKAT

03/11/2024 11:34 PM

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap segala perancangan pembangunan bagi Kampung Chengal Lempong di Kuantan, Pahang melalui peruntukan yang diluluskan akan membawa perubahan positif dan manfaat berterusan kepada masyarakat setempat.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata Setiausaha Politiknya  Datuk Ahmad Farhan Fauzi sempat mewakili beliau bagi menyantuni masyarakat kampung berkenaan di Balairaya Chengal Lempong, hari ini.

“Kesempatan ini digunakan dengan turut melihat sekitar kawasan kampung yang bakal menikmati pembangunan hasil peruntukan sebanyak RM2.5 juta, yang saya telah luluskan antaranya bagi memperkasa komuniti setempat, dengan memberi fokus kepada infrastruktur, pendidikan dan kebajikan penduduk,” katanya.

Anwar berkata antara yang bakal dibangunkan dan sedang dibina adalah gelanggang futsal bertutup dan bangunan serba guna Chengal Lempong.

Pada 6 Julai, Kampung Chengal Lempong dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI Peringkat Kebangsaan 2024. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan