WILAYAH - SARAWAK > BERITA

YSIJ SUMBANG RUMAH BAHARU KEPADA KELUARGA HILANG TEMPAT TINGGAL AKIBAT KEBAKARAN

07/11/2024 06:21 PM

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Dua keluarga di Kampung Wak Salam, Mersing, Johor yang kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran pada Ogos lepas, hari ini menerima bantuan rumah baharu dibina oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Menerusi hantaran di Facebook Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memaklumkan Majlis Kurniaan Bantuan Rumah YSIJ itu disempurnakan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail di kampung berkenaan.

Dua penerima bantuan itu ialah Azali Osman dan Suzana Zainal Abidin.

Hadir sama pada majlis itu, Pemegang Amanah Urusan YSIJ Datuk Avinderjit Singh Harjit Singh dan Pegawai Daerah Mersing Jamil Hasni Abdullah.

Hantaran sama memaklumkan YSIJ turut menyampaikan bantuan kotak makananan kepada 180 keluarga yang terkesan akibat cuaca Monsun Timur Laut di pulau-pulau daerah Mersing.

Turut serta menyumbang Pejabat Daerah Mersing, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Yayasan Johor Corporation.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan