WILAYAH - TIMUR > BERITA

KPDN KELANTAN AKUI MINYAK MASAK PALING BANYAK DISELUDUP KE THAILAND

12/11/2024 07:47 PM

KOTA BHARU, 12 Nov (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengakui minyak masak merupakan barangan keperluan asas yang paling banyak diseludup ke Thailand.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata ini berikutan permintaan tinggi daripada penduduk negara jiran itu memandangkan barangan berkenaan dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.

"Oleh itu, KPDN sentiasa menjalankan risikan dan bekerjasama dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengekang aktiviti penyeludupan ini," katanya kepada pemberita selepas memeriksa bekalan barang keperluan di Wakaf Bharu dekat sini hari ini.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai sama ada pemborong dan peruncit terlibat bersubahat dalam kes penyeludupan ini, Azman berkata KPDN akan menyiasat perkara berkenaan.

Semalam media melaporkan, PGA mematahkan cubaan menyeludup 13,000 kilogram gula dan 5,100 peket minyak masak dalam kejadian berasingan menerusi Operasi Taring Wawasan di Wakaf Bharu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan