WILAYAH - SARAWAK > BERITA

RUU CCUS DIBENTANG DI PARLIMEN DISEMBER DEPAN

13/11/2024 10:33 AM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kerangka rang undang-undang (RUU) untuk memantau industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Malaysia akan dibentangkan di Parlimen pada awal Disember depan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron.

RUU itu akan dibacakan kali pertama pada 3 Disember manakala bacaan kedua pada 9 Disember, katanya.

"Tujuan utama RUU CCUS ini digubal untuk mengawal selia kegiatan ini kerana tiada undang-undang yang boleh digunakan oleh pihak industri yang akan melaksanakan perkara ini.

"Namun kerangka tidak semestinya akan meletakkan industri dalam keadaan yang tertekan di dalam usaha pelaksanaan CCUS, sebaliknya ia menyokong usaha kita mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida (CO2) dan kesannya terhadap perubahan iklim,” kata Nor Azmie.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk "Menerajui CCUS di Malaysia" semalam.

Menurutnya, RUU ini juga mestilah mesra perniagaan kerana kita perlu berurusan dengan industri berkaitan bagi membolehkan ia berkembang.

Sementara itu, Nor Azmie berkata RUU CCUS ini dijangka dapat memperkukuh peranan Malaysia sebagai peneraju CCUS di dunia.

"Kita mahukan...dengan wujudnya RUU ini, Malaysia akan menjadi pemimpin kepada dunia CCUS sekali gus menunjukkan bahawa kita mempunyai keupayaan untuk menjadi pemimpin di dalam sektor ini," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan