WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PEKERJA KUARI MAUT DIHEMPAP BATU DI MANJUNG

14/11/2024 09:38 PM

IPOH, 14 Nov (Bernama) -- Seorang pekerja kuari maut dihempap batu di sebuah kuari di Manjung dekat Lumut semalam.

Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan lelaki warga tempatan berusia 35 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian dalam insiden pada 4.45 petang.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa bekerja sebagai operator mesin korek jenis crawler. Semasa kejadian, mangsa sedang mengendalikan mesin korek manakala rakan sekerja mangsa mengendalikan jengkaut.

"Mangsa telah dihempap batu kuari yang jatuh dari cerun bersebelahan tempat mangsa bekerja," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, notis pemberhentian serta-merta ke atas kerja-kerja di kawasan kejadian di kuari berkenaan telah dikeluarkan sehingga siasatan selesai dijalankan. 

JKKP Perak akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan