WILAYAH - UTARA > BERITA

DUA PENGEDAR DADAH DITAHAN BERSAMA GANJA BERNILAI RM65,428

18/11/2024 03:10 PM

GEORGE TOWN, 18 Nov (Bernama) -- Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan dua lelaki tempatan dan merampas 21,041 gram(g) dadah dipercayai ganja bernilai RM65,428 dalam dua serbuan di Pulau Pinang dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata bertindak hasil maklumat awam dan risikan, polis menyerbu sebuah rumah di sini pada pukul 12.15 tengah malam, dan menahan seorang suspek.

"Hasil pemeriksaan di rumah itu polis merampas 22 ketulan mampat daun-daun kering dibaluti plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 21,041 g bernilai RM65,428 di situ.

"Susulan penahanan suspek itu, polis kemudian menyerbu satu lagi lokasi di Butterworth, dekat sini dan menahan seorang lagi lelaki. Kedua-dua mereka yang berumur 36 dan 37 tahun itu dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua pengangggur yang positif dadah jenis amphetamine, methaphetamine dan ganja itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah serta dadah, dan kedua-duanya direman sehingga 22 Nov untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Abdul Rozak berkata hasil risikan mendapati sindiket edar dadah itu dipercayai bergiat aktif sejak awal Oktober lepas untuk pasaran di sekitar Pulau Pinang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan