WILAYAH - SELATAN > BERITA

PAMB SEDIA PERLINDUNGAN INSURANS KEPADA 200 OKU

19/11/2024 05:29 PM

JOHOR BAHRU, 19 Nov (Bernama) -- Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) menerusi PRUKasihAman akan menyediakan perlindungan insurans kepada 200 Orang Kurang Upaya (OKU) di tiga pusat Yayasan Beautiful Gate.

PAMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga pusat yayasan berkenaan ialah di Jementah, Johor; Bandar Melaka, Melaka dan Teluk Intan, Perak.

"Bermula semalam hingga 28 Nov ini, ahli Yayasan Beautiful Gate akan ditawarkan premium mampu milik sebanyak RM75 setahun dengan perlindungan hingga RM18,000.

“PAMB menawarkan subsidi RM50 untuk menampung premium bagi ahli baharu, manakala ahli sedia ada akan menerima subsidi RM65 apabila mereka memperbaharui polisi," menurut kenyataan itu.

PAMB turut memaklumkan bahawa PRUKasih Aman merupakan pelan insurans mikro, yang menyediakan manfaat insurans dan perlindungan kepada rakyat Malaysia dalam kalangan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan termasuk OKU, pelajar dan B40.

"Sejak dilancarkan pada 2022, PRUKasih Aman telah mengubah kehidupan 7,000 individu dalam kalangan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan dan belia, menawarkan perlindungan penting kepada mereka dan membantu mencapai masa depan yang lebih terjamin dan dilindungi," menurut PAMB.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan