WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PENERBANGAN MH79 DILENCONGKAN KE HO CHIN MINH CITY SUSULAN ISU TEKNIKAL

24/11/2024 05:18 PM

PUTRAJAYA, 24 Nov (Bernama) -- Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa penerbangan MH79 dari Hong Kong ke Kuala Lumpur hari ini dilencongkan ke Lapangan Terbang Ho Chi Minh City susulan isu teknikal semasa penerbangan.

Malaysia Aviation Group (MAG) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penerbangan yang membawa 147 penumpang dan tujuh anak kapal itu selamat mendarat pada 10.40 pagi waktu tempatan.

“Demi kepentingan keselamatan, juruterbang bertugas membuat keputusan untuk melencongkan penerbangan bagi memastikan isu itu dapat diselesaikan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi asal, Kuala Lumpur.

“Pada setiap masa, keselamatan penumpang tidak pernah dikompromi,” katanya.

Menurut kenyataan itu, penumpang sedang dialihkan ke penerbangan alternatif untuk memastikan mereka tiba di destinasi masing-masing manakala sebahagian daripadanya disediakan penginapan di hotel berdekatan lapangan terbang.

“Malaysia Airlines kesal atas kesulitan dan gangguan kepada rancangan perjalanan penumpang,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan