WILAYAH - SARAWAK > BERITA

AMARAN RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DI 10 NEGERI, TIGA WILAYAH PERSEKUTUAN

24/11/2024 05:36 PM

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga 7 malam ini.

Menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 3.35 petang, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Selain itu, di Kedah melibatkan daerah Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh dan Maran).

Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Sarawak melibatkan Kuching, Bau, Serian, Tebedu, Betong, Sarikei, Pakan, Bintulu, Miri, Marudi dan Limbang, serta Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan).

Menurut MetMalaysia, amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan