WILAYAH - UTARA > BERITA

DAP P. PINANG TUBUH BIRO HAL EHWAL MASYARAKAT INDIA

25/11/2024 06:42 PM

GEORGE TOWN, 25 Nov (Bernama) -- DAP Pulau Pinang bersetuju menubuhkan Biro Hal Ehwal Masyarakat India yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi DAP negeri Ramkarpal Singh juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim Chee Keong berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa DAP negeri 2024-2027 yang mengadakan mesyuarat pertamanya Sabtu lepas.

“Pelbagai isu dibangkitkan serta dibincangkan dan antara perkara yang dipersetujui ialah melantik ahli-ahli biro dalam masa terdekat oleh Ramkarpal.

“Biro itu bertindak sebagai platform untuk isu-isu berkaitan kebajikan masyarakat India di Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sim yang juga Menteri Sumber Manusia dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam mengharapkan maklum balas yang membina daripada semua pihak berkepentingan untuk kebaikan masyarakat bersama.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan