WILAYAH - SARAWAK > BERITA

HYUNDAI LABUR RM2.16 BILION BINA KILANG DI KULIM

25/11/2024 06:52 PM

Daripada Mohd Shukri Ishak

SEOUL, 25 Nov (Bernama) -- Hyundai Motor akan membuka kilang pertamanya di Malaysia pada tahun depan menerusi pelaburan bernilai RM2.16 bilion.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ia merupakan pelaburan terbesar syarikat berkenaan di Malaysia yang bakal menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Ini adalah pelaburan yang besar dan sebanyak tujuh model kereta akan dikeluarkan dalam tempoh lima tahun. Kilang dibuka di Kulim (Kedah) tahun depan,” katanya kepada media Malaysia yang mengikuti program lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Korea Selatan di sini hari ini.

Perdana Menteri hari ini turut mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea Selatan yang terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.

Perdana Menteri dan delegasi tiba di Seoul semalam sempena lawatan rasmi tiga hari bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia ada antara Malaysia dan Korea Selatan.

Malaysia dan Korea Selatan bakal menyambut ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tahun depan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan