WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SENOI PRAAQ DIKERAH PERKUKUH KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND DI SUNGAI GOLOK

25/11/2024 07:37 PM

KOTA BHARU, 25 Nov (Bernama) -- Pasukan Senoi Praaq akan dikerahkan untuk membantu pengoperasian Pasukan Gerakan Am (PGA) sedia ada bagi menjaga sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok bermula 1 Dis ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata lebih 90 anggota pasukan berkenaan adalah daripada PGA Senoi Praaq di Bidor dan Pengkalan Hulu, Perak, yang akan ditempatkan di sepanjang pos-pos sempadan itu.

Beliau berkata keputusan untuk menugaskan keanggotaan pasukan itu di sempadan negara juga telah dipersetujui Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

"Seperti sedia maklum, kita tahu pasukan Senoi Praaq yang diterajui masyarakat Orang Asli ini memang tegas dan mereka ini sangat mematuhi arahan ketua.

"Insya-Allah, isu ketirisan dan salah guna kuasa di sempadan negara akan dapat dikawal termasuklah di sempadan sebelah utara," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan