WILAYAH - SARAWAK > BERITA

BEKAS PRESIDEN MIC DR SUBRAMANIAM TERIMA ANUGERAH PRAVASI BHARTIYA SAMMAN DARI INDIA

11/01/2025 06:55 PM

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Bekas Presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India, semalam.

PBSA merupakan penghormatan tertinggi diberikan kepada kaum India dari luar negara sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam bidang politik. 

 Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia dalam kenyataan dikeluarkan semalam memuji Dr Subramaniam atas sumbangan cemerlang beliau terhadap masyarakat India di Malaysia. 

“Beliau mencetuskan penubuhan Jawatankuasa Kabinet bagi Hal ehwal India yang menjadi asas kepada beberapa inisiatif penting termasuk kempen MyDaftar dan Mega MyDaftar bagi menangani isu dokumentasi dihadapi masyarakat India di peringkat akar umbi,” menurut kenyataan itu. 

Penerima anugerah itu dipilih oleh juri yang dipengerusikan Naib Presiden India, dibantu Menteri Hal Ehwal Luar dan wakil daripada pelbagai agensi. 

Dr Subramaniam pernah berkhidmat sebagai menteri dari 2008 hingga 2018 dengan memegang portfolio Sumber Manusia dan Kesihatan. 

Di bawah kepimpinan beliau, struktur pentadbiran seperti Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (STIF) dan Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC) (kini dikenali sebagai MITRA) diwujudkan untuk menangani cabaran pendidikan, kebajikan, dan sosioekonomi masyarakat tersebut. 

--BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan