WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LABUAN LANCAR PELAN TINDAKAN PELANCONGAN KOMPREHENSIF BAGI 2025-2030

14/01/2025 08:45 PM

LABUAN, 14 Jan (Bernama) -- Labuan akan melancarkan Pelan Tindakan Pelancongan 2025 yang bertujuan meningaktkan sektor pelancongan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata pelan tindakan itu sedang dirangka oleh Pusat Penyelidikan Pelancongan Borneo Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan dijangka siap April tahun ini.

“Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030,” katanya kepada Bernama semasa mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Labuan hari ini.

Dr Zaliha berkata inisiatif itu adalah kerjasama yang diketuai oleh Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Perbadanan Labuan (LC) melibatkan pihak berkepentingan seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Jabatan Pelancongan LC serta pelbagai pemain industri.

Beliau berkata dalam mesyuarat bersama pegawai dari JWP dan LC pada Isnin lepas, perbincangan tertumpu kepada insfrastruktur penting dan penambahbaikan perkhidmatan untuk menyokong objektif pelancongan pulau itu.

“Hala tuju sektor pelancongan Labuan adalah topik utama perbincangan kami,” katanya.

Beliau turut mengakui bahawa walaupun banyak pelan telah dirangka, banyak cabaran perlu diatasi untuk memberi manfaat kepada penduduk tempatan dan ekonomi pulau itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan