WILAYAH - SARAWAK > BERITA

WARGA EMAS DITAHAN MILIKI DADAH LEBIH 2 KILOGRAM DI MUAR

16/01/2025 11:11 AM

MUAR, 16 Jan (Bernama) -- Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di kediamannya di Sungai Abong, di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata suspek lelaki yang mempunyai rekod kesalahan lampau itu, juga didapati positif dadah jenis 'mop'.

"Suspek ditahan berhampiran kawasan perumahan sebelum dibawa ke rumahnya, sebelum polis menemukan heroin seberat 1.05 kilogram dan syabu seberat 1.22 kilogram dengan nilai anggaran RM67,665,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suspek ditahan reman hingga Isnin (20 Jan) untuk siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan