WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ANWAR BERTEMU CORBYN, KONGSI PENDAPAT HUBUNGAN MALAYSIA-UK, GENCATAN SENJATA DI GAZA

18/01/2025 11:06 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tokoh politik British Jeremy Corbyn semasa lawatan kerja beliau ke London, United Kingdom.

Anwar yang menyifatkan Corbyn sebagai sahabat lamanya berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.

Selain itu, kata beliau mereka juga berbincang mengenai isu semasa dunia termasuk gencatan senjata di Gaza yang dijadualkan berlaku pada Ahad.

"Moga hubungan persahabatan ini terus murni dan kekal berpanjangan. Insya-Allah," kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Corbyn merupakan Ahli Parlimen serta bekas pemimpin Parti Buruh.

Anwar dalam rangka kerja lawatan ke United Kingdom dari 15 hingga 19 Jan dan selepas itu beliau akan meneruskan lawatan kerja dua hari ke Belgium.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan