BERITA TERGEMPAR   Malaysia and ASEAN should continue to engage, attract investors from the United States, Europe and China without being forced to take sides -- PM Anwar | 
 WILAYAH - SARAWAK > BERITA

176 WARGA ASING DITAHAN DI BUKIT BINTANG

22/01/2025 11:28 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.

Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.

Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, 71 individu merupakan warga Bangladesh, Myanmar (60), Indonesia (24), Nepal (16), Pakistan (tiga), Mesir dan Sudan, masing-masing seorang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu membabitkan kesalahan tiada dokumen sah dan tinggal lebih masa di negara ini. 

“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Kuala Lumpur bagi proses dokumentasi dan tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas operasi yang disertai 61 pegawai dan anggota JIM serta 30 petugas DBKL.

  -- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan