KOTA BHARU, 25 Jan (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas sebanyak 13 ekor lembu seberat 8,450 kilogram yang dianggarkan bernilai RM126,750 di Kampung Bunohan, Tumpat pada Khamis lepas.
Komander PGA Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan itu dilakukan selepas anggota PGA menahan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun.
Beliau berkata lori itu dilihat memandu dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan di bahagian belakang lori, sebanyak 13 ekor lembu ditemukan tanpa dokumen yang sah. Lembu-lembu ini dipercayai diseludup dari Thailand,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata suspek dipercayai bertindak sebagai penghantar lembu terbabit ke pasaran tempatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.
"Suspek serta barang rampasan telah diserahkan ke Balai Polis Chabang Empat, Tumpat untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial