WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TIGA KANAK-KANAK ANTARA 17 PENDATANG TANPA IZIN DITAHAN

25/01/2025 10:35 AM

KUALA TERENGGANU, 25 Jan (Bernama) -- Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu sekitar daerah Marang, semalam. 

Pengarah berkenaan Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan menerusi Op Kutip dan Sapu itu turut membabitkan 12 lelaki dan dua wanita lain dengan lingkungan umur kesemua tahanan antara tujuh hingga 49 tahun. 

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara Myanmar, Kemboja, Bangladesh dan Indonesia.

“Ketika serbuan di sebuah tapak pembinaan, seorang lelaki Kemboja cuba bersembunyi dalam lubang yang ditebuk dalam lantai rumah kongsi, tetapi berjaya dikesan oleh anggota penguat kuasa.

"Bahang panas mungkin menyebabkan lelaki warga Kemboja itu tidak tahan dan melompat keluar. Dia kemudiannya cuba bersembunyi dalam timbunan kain tetapi berjaya dikesan anggota kami,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati mereka yang ditahan telah melakukan kesalahan termasuk tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen yang sah.

"Kesemua tahanan dihantar ke Depot Imigresen Ajil untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan