KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar pagi ini namun pergerakan kenderaan perlahan ke arah Pantai Timur akibat berlakunya kemalangan.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia ketika dihubungi Bernama memaklumkan setakat 10.15 pagi ini, kenderaan bergerak perlahan di Genting Sempah ke Bukit Tinggi iaitu di Kilometer (KM) 43.4 dan Bentong ke Karak (KM 61.4) akibat berlaku kemalangan yang menyebabkan lorong kanan terhalang.
Selain itu, kenderaan turut dilaporkan bergerak perlahan di KM 25.1 Senai Utara-Kulai arah utara akibat berlaku kemalangan menyebabkan lorong kecemasan terhalang.
“Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, LPT 2, Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak dilaporkan lancar di kedua-dua arah dan dijangka meningkat tengah hari nanti sempena Tahun Baharu Cina esok,” katanya.
Dalam pada itu, menurutnya laluan 'Smartlane' di beberapa lebuh raya utama turut diaktifkan hari ini, antaranya melibatkan laluan Tangkak ke Jasin (KM 174 - KM 180.3 arah utara), Ayer Keroh ke Jasin (KM 174 - KM 180.3 arah utara) dan Sungkai ke Slim River (KM 354 - KM 356 arah selatan).
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial