WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MOHAMED KHALED MULAKAN LAWATAN RASMI KE THAILAND, KUKUH KERJASAMA SEMPADAN

28/01/2025 02:56 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Bangkok, Thailand untuk lawatan kerja rasmi dua hari bermula hari ini bagi memperkukuhkan kerjasama persempadanan kedua-dua negara.

Menerusi perkongsian di laman rasmi Facebooknya, Mohamed Khaled memaklumkan beliau dijangka bertemu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Thailand Phumtham Wechayachai pada lawatan tersebut.

“Seterusnya, saya akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malaysia-Thailand ke-56 secara bersama dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand Phumtham Wechayachai.

“Mesyuarat GBC ini berperanan sebagai platform utama dalam menguruskan kerjasama persempadanan melibatkan kedua-dua negara,” katanya.

Semalam, Mohamed Khaled tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi (4.30 petang waktu tempatan) dengan disambut Timbalan Setiausaha Tetap Pertahanan Thailand Ketua Marsyal Udara Surarit Kitchathorn, Timbalan Ketua Misi Bong Yik Jui dan Atase Pertahanan Kedutaan Malaysia di Bangkok Brigedier Jeneral Samsul Rizal Musa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan