WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SABAH AKAN LAKSANA LEBIH BANYAK INISIATIF UNTUK RAKYAT TAHUN INI - HAJIJI

29/01/2025 06:46 PM

SANDAKAN, 29 Jan (Bernama) -- Kerajaan Sabah akan melaksanakan lebih banyak inisiatif pada tahun ini demi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyatnya, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata inisiatif pembangunan tersebut terutama yang membantu meningkatkan ekonomi rakyat mampu dijayakan jika semua rakyat negeri ini bersatu.

"Kerajaan negeri hari ini mempunyai banyak perancangan untuk meningkatkan ekonomi khususnya menerusi tiga teras utama Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kerana perjuangan membantu rakyat belum selesai.

“Hanya kestabilan politik, bersatu hati dan perpaduan yang utuh mampu membawa kepada pembangunan negeri dan rakyat khususnya," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat daerah Sandakan di Dewan Yu Yuan di sini hari ini.

Beliau berkata hal ini dapat dilihat apabila pencapaian dalam ekonomi khususnya kutipan hasil negeri itu terus meningkat setiap tahun daripada RM4 bilion kepada hampir RM7 bilion pada tahun lepas.

"Saya percaya dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang, jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS)- Pakatan Harapan (PH) Plus diberi mandat, kutipan hasil akan mencapai hingga lebih RM8 bilion," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai masalah air di Sandakan, Hajiji akan memanggil pengarah Jabatan Air Negeri Sabah untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Beliau berkata ia bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut masalah sebenar dan tidak mahu ada unsur sabotaj dalam pengurusan air di negeri itu termasuk di daerah Sandakan.

--BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan