WILAYAH - UTARA > BERITA

POLIS RAMPAS MERCUN, BUNGA API BERNILAI RM10,000

30/01/2025 08:37 PM

KANGAR, 30 Jan (Bernama) -- Polis merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000 susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Bukit Lagi di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata rampasan dan tangkapan ke atas lelaki berusia 33 tahun itu dilakukan sepasukan anggota yang bertindak atas penugasan Op Limau/Kontraban pada pukul 10 malam.

“Polis membuat pemeriksaan menyeluruh di atas meja dan sekitar gerai di hadapan dewan bersebelahan tokong sayur dan hasil pemeriksaan telah menjumpai pelbagai jenis mercun serta bunga api yang dipercayai dimiliki tanpa permit.

“Lelaki yang bertindak sebagai penjaga gerai ini ditahan dan kesemua barang kes dirampas untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata suspek kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis selepas selesai merakamkan keterangan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan