WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MYANMAR LANJUT DARURAT SELAMA 6 BULAN LAGI

31/01/2025 07:07 PM

YANGON, 31 Jan (Bernama-Xinhua) -- Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara (NDSC) Myanmar pada Jumaat melanjutkan keadaan darurat di negara itu selama enam bulan lagi, lapor Radio dan Televisyen Myanmar (MRTV) yang dikendalikan kerajaan, menurut Xinhua.

Pada mesyuarat NDSC di Nay Pyi Taw pada Jumaat, semua ahli yang hadir bersetuju untuk melanjutkan tempoh darurat, menurut laporan itu. Ia menyatakan bahawa pelanjutan itu dibuat mengikut Seksyen 425 Perlembagaan Negara.

Keputusan itu berdasarkan kerja yang diperlukan untuk menjayakan pelaksanaan pilihan raya dan keperluan keamanan dan kestabilan untuk memudahkannya.

Mesyuarat itu membincangkan isu-isu berkaitan persediaan pilihan raya, peningkatan pengeluaran produk pertanian dan ternakan, usaha meningkatkan sektor pendidikan untuk pembangunan negara dan sektor kesihatan.

Selain itu, mesyuarat itu juga membincangkan perkara yang berkaitan dengan kerja-kerja pemulihan selepas bencana dan usaha untuk menamatkan konflik bersenjata dan mencapai keamanan yang berkekalan, menurut laporan itu.

Myanmar mengisytiharkan darurat pada Februari 2021 selama setahun, diikuti dengan enam lanjutan enam bulan sehingga 31 Jan tahun ini.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan