ROM, 3 Feb (Bernama-WAFA) -- Program Makanan Sedunia (WFP) menegaskan bahawa keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat besar, di tengah-tengah kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke kawasan utara selepas kira-kira 15 bulan perang Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
WFP dalam hantaran di platform X pada Ahad menekankan bahawa sebarang harapan untuk pemulihan Gaza memerlukan respons kemanusiaan menyeluruh dengan kerjasama semua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Dengan kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke utara Gaza, pasukan kami sedang berusaha untuk menambah lebih banyak pusat pengagihan bagi membekalkan makanan yang amat diperlukan,” menurut WFP.
Badan PBB itu turut menerbitkan klip video menunjukkan ratusan penduduk Palestin terpaksa berpindah dengan berjalan kaki menuju ke utara Gaza di celah-celah bangunan yang musnah.
-- BERNAMA-WAFA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial