KUALA TERENGGANU, 5 Feb (Bernama) -- Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan sebelum digilis sebuah bas di Jalan Kemajuan, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata dalam kejadian pada 8.25 malam itu, Nur Damia Umairah Amir Aswadi, 18, dari Kampung Beladau Kolam Manir, maut di lokasi kejadian.
"Kejadian berlaku ketika bas dipandu lelaki warga emas berusia 70 tahun dalam perjalanan menuju ke Kuala Berang manakala Nur Damia Umairah sedang menghala ke rumahnya di Manir.
"Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa dari lorong kiri jalan telah masuk ke laluan bas di lorong tengah, sebelum terjatuh dan digilis tayar belakang bas berkenaan," katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.
Azli berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial