SHAH ALAM, 11 Feb (Bernama) -- Sebuah rumah di Jalan Bahagia Kampung Bukit Kapar, Klang dekat sini, musnah hampir 90 peratus dalam kebakaran , hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian dipercayai berlaku sekitar 10 pagi tadi.
Ahmad Mukhlis menerusi kenyataan di sini hari ini, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.08 pagi dan menggerakkan 12 pegawai serta anggota dari tiga balai bomba ke lokasi kejadian.
Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial