GEORGE TOWN, 15 Feb (Bernama) -- Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyita pelbagai peralatan siar raya di dua pusat hiburan di sini kerana beroperasi tanpa lesen dalam Ops Hibur, awal pagi tadi.
MBPP dalam kenyataan di Facebook memaklumkan operasi yang bermula 1 pagi itu dijalankan oleh Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan MBPP bersama pasukan Pencegahan Judi dan Maksiat (D7) Polis Kontinjen Pulau Pinang.
"Dalam operasi ini, sitaan peralatan siar raya di kedua-dua pusat hiburan telah dibuat kerana menjalankan aktiviti perniagaan hiburan tanpa lesen mengikut Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu dua kompaun juga dikeluarkan atas kesalahan menjalankan perniagaan makanan dan mempamerkan iklan tanpa lesen di bawan Undang-Undang Kecil (UUK) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Peralatan yang disita dibawa ke stor Jabatan Penguatkuasaan MBPP untuk tujuan penyimpanan, dokumentasi dan tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial