WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PGA RAMPAS 20 LEMBU DISYAKI DISELUDUP

20/02/2025 10:35 AM

KOTA BHARU, 20 Feb (Bernama) -- Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 20 lembu dipercayai diseludup masuk dari Thailand di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata kegiatan itu dikesan selepas anggotanya menahan sebuah lori jenis Hino ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan, kira-kira 4.45 petang.

"Pemeriksaan pada lori dipandu lelaki berusia 31 tahun itu menemukan 20 ekor lembu dianggar seberat 10,000 kilogram tanpa dokumen sah.

“Lelaki terbabit dipercayai menjadi penghantar haiwan itu ke pasaran tempatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keseluruhan rampasan dianggar berjumlah RM160,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan