WILAYAH - SARAWAK > BERITA

RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DIRAMAL LANDA HAMPIR SELURUH NEGARA HINGGA 6 PETANG

21/02/2025 05:15 PM

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda semua negeri kecuali Perlis, Melaka dan Labuan hingga 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran dikeluarkan pada 2.10 petang, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah seluruh Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala Kedah melibatkan Kulim dan Bandar Baharu.

Keadaan sama diramal melanda Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Jelebu di Negeri Sembilan serta Johor (Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Bagi Pantai Timur, kawasan terjejas adalah di Kelantan melibatkan Tanah Merah dan Machang, Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu) manakala Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh).

Di Sarawak, kawasan yang diramal terjejas adalah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Belaga), Bintulu (Tatau) dan Miri (Beluru, Telang Usan dan Miri) manakala Sabah melibatkan Kudat (Pitas dan Kudat).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan