WILAYAH - SARAWAK > BERITA

JUALAN EPIK RAYA 3.3 LAZADA DARI 2 HINGGA 5 MAC

24/02/2025 10:05 PM

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Dengan Ramadan yang hampir menjelma, Lazada Malaysia memulakan kegembiraan lebih awal untuk sambutan Aidilfitri menerusi Jualan Epik Raya 3.3 yang sangat dinanti-nantikan, bermula pada 8 malam 2 Mac ini hingga 5 Mac.

Lazada Malaysia dalam kenyataan memaklumkan dengan penjimatan luar biasa merangkumi fesyen, kecantikan, elektronik, peralatan rumah, dan banyak lagi, jualan perayaan itu menawarkan masa yang tepat untuk pembeli di seluruh Malaysia bersiap sedia menyambut hari raya.

“Tahun ini, pembeli boleh menantikan Epic Raya Exchange Lazada, yang menjadikan pemberian hadiah lebih menarik. Diilhamkan daripada tradisi pemberian duit raya (peket wang) kepada keluarga dan rakan-rakan, pembeli boleh menghantar dan menerima kejutan 3.3 baucar bernilai sehingga RM233.

“Lebih RM45,000 dalam baucar Lazada tersedia untuk direbut, dan peserta boleh menghantar baucar kepada hingga lima orang tersayang setiap hari, tanpa had jumlah baucar yang boleh mereka terima,” menurut kenyataan itu.

Untuk menyertainya, peserta hanya perlu layari www.LazadaEpicRayaSale.com dari 1 hingga 3 Mac dan memasukkan nombor telefon keluarga atau rakan, dan kod unik akan dihantar terus ke telefon mereka melalui WhatsApp.

Penerima boleh memasukkan kod baucar itu semasa proses pembayaran untuk menebus baucar mereka apabila Jualan Epik Raya 3.3 Lazada bermula pada 8 malam, 2 Mac.

Selepas penebusan berjaya, diskaun daripada baucar akan secara automatik ditolak daripada jumlah akhir troli pembelian mereka, dan ia akan digabungkan dengan rebat platform lain untuk penjimatan yang lebih besar.

“Pada 3.3 ini, pembeli juga boleh menyertai peraduan Travel with Lazada & KLIA Ekspres, yang memberi ganjaran kepada pelanggan membeli barangan berkaitan perjalanan, atau perhidmatan pemindahan KLIA di Lazada," menurut kenyataan itu.

Lazada Malaysia memaklumkan bermula 1 Mac hingga 30 April, pembeli yang membeli barangan perjalanan yang layak, atau tiket KLIA Ekspres melalui Lazada akan memperoleh penyertaan untuk berpeluang memenangi hadiah luar biasa bernilai lebih RM20,000.

Tiket perjalanan sehala dan pergi balik KLIA Ekspres disediakan sebagai Hadiah Mingguan, sebagai tambahan kepada Hadiah Bulanan dengan pemenang berpeluang membawa pulang produk tajaan daripada jenama pelancongan terkenal seperti American Tourister, Samel, Thule dan Universal Traveller.

Terdapat juga Hadiah Utama untuk dimenangi, iaitu seorang pemenang bertuah akan memenangi Perkhidmatan VIP KLIA Ekspres, pengalaman perkhidmatan pemindahan eksekutif yang tidak dapat dilupakan merangkumi porter, tempat duduk keutamaan di KLIA Ekspres, dan perkhidmatan pemandu dari pintu ke pintu terus dari rumah ke KL Sentral, bersama produk tajaan.

“Pelbagai tawaran hebat menanti pemburu diskaun memandangkan Jualan Epik Raya 3.3 Lazada turut menawarkan Crazy Special RM33 Deals, yang mengandungi barangan seperti jam tangan pintar berjenama, kerusi urut, robot pembersih vakum, kerusi permainan komputer, set tilam mewah, dan sebagainya, semuanya hanya dengan RM33,” menurut kenyataan itu.

Produk bernilai lebih RM50,000 untuk dimenangi pada harga yang luar biasa dengan tawaran menarik setiap hari pada 12 tengah malam, 3 pagi, 8 pagi, 3 petang, 6 petang dan 9 malam tetapi hanya pembeli terpantas yang akan dapat merebut tawaran eksklusif itu.

Crazy Special RM33 Deals antaranya menampilkan pelbagai jenama seperti 70mai, Cricut, Dreame, ECOVACS, Getha, GINTELL, HONOR, Jean Perry, King Koil, Kitchen Z, Laifen, Medela, NeckPro, NESCAFE Dolce Gusto, OGAWA, Tineco, dan TTRacing. Pembeli juga boleh memeriksa aplikasi Lazada secara berkala untuk tawaran mengejut.

Pembeli juga boleh menjangkakan baucar kempen yang menawarkan penjimatan hingga RM1,000, tawaran berjenama dengan penjimatan hingga 90 peratus, serta Semua Penghantaran Percuma di seluruh platform untuk semua kedai dan produk, menjadikannya waktu terbaik untuk membeli-belah barangan raya dan penjimatan ketika berbelanja.

“Selain itu, mereka (pembeli) juga boleh mendapatkan penjimatan tambahan apabila menggunakan LazCoins dan LazCash dalam pembelian.

"Sama ada busana raya yang menawan, hiasan rumah, atau hadiah yang penuh makna, Lazada mempunyai segala-galanya dengan keperluan perayaan menerusi Choice, gaya terkini di Taobao Fashion, atau peningkatan jenama premium untuk rumah daripada LazMall," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, untuk menjadikan Ramadan lebih bermakna, Lazada memperkenalkan Ramadan Sahur and Moreh Deals dari 3 hingga 8 pagi untuk sahur dan 8 malam hingga 12 tengah malam untuk moreh.

"Sama ada barangan runcit untuk resipi kegemaran, fesyen perayaan, keperluan kecantikan yang elegan, atau peralatan rumah terkini, pembeli boleh menikmati tawaran terhad masa eksklusif yang membantu mereka membuat persiapan untuk Ramadan dan raya dengan mudah," menurut kenyataan itu.

Lazada Malaysia memaklumkan dengan pelbagai tawaran, daripada baucar duit raya hingga jualan kilat dan promosi khas, Jualan Epik Raya 3.3 Lazada dijangka menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian lebih mudah, lancar, dan benar-benar epik.

Untuk maklumat lanjut mengenai jualan, layari aplikasi Lazada atau ikuti #LazadaEpicRayaSale dan #LazadaMY menerusi media sosial.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan