BERITA TERGEMPAR | Hud Aryan's body found stuck at a tree near the river bank in Tanah Merah this afternoon - Fire and Rescue Department | |
Oleh Norsyafawati Ab Wahab dan Danni Haizal Danial Donald
KOTA TINGGI, 26 Feb (Bernama) -- Mesyuarat Persediaan Pegawai Ekonomi Kanan (Prep-SEOM) selama dua hari untuk Pemukiman Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 bermula di Desaru dekat sini, hari ini.
Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) MITI, Mastura Ahmad Mustafa mempengerusikan mesyuarat itu yang menhimpunkan pegawai kanan ekonomi dari negara anggota ASEAN.
Dalam ucapan pembukaannya, Mastura berkata mesyuarat itu akan membincangkan perkara penting bagi Pemukiman AEM yang akan berlangsung Jumaat depan.
"Saya berharap dapat memudahkan perbincangan dengan rakan-rakan SEOM untuk menyelaraskan pembentangan dan perbincangan, memastikan kita boleh memberi tumpuan kepada perkara-perkara dalam agenda yang berkaitan serta memperoleh panduan dan keputusan AEM," katanya.
Pegawai kanan ekonomi yang mewakili kementerian perdagangan, perdagangan dan hal ehwal ekonomi di ASEAN akan membincangkan persiapan untuk Pemukiman AEM akan datang, dipengerusikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Sebelum ini, Mesyuarat Kumpulan Kerja-Komuniti Ekonomi ASEAN (WG-AEC) Ke-12 telah diadakan pada 22 hingga 23 Februari manakala Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN (HLTF-EI) Ke-47 berlangsung pada 24 hingga 25 Februari.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial