WILAYAH - SELATAN > BERITA

FAMA MELAKA SASAR RM8 JUTA NILAI JUALAN PASAR TANI TAHUN INI

01/03/2025 04:20 PM

ALOR GAJAH, 1 Mac (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan di lapan pasar tani di Melaka sepanjang tahun ini menjangkau kira-kira RM8 juta.

Pengarah FAMA Negeri Nor Azhar Abdul Hamid berkata tahun lepas Pasar Tani Alor Gajah mencatat nilai jualan tertinggi iaitu RM1.63 juta.

Beliau berkata pihaknya yakin sasaran tahun ini  mampu dicapai dengan adanya pelbagai program termasuk Semarak Ramadan dan Pasar Tani Mantai Aidilfitri nanti.

Merujuk kepada Pasar Tani Mantai Aidilfitri, Nor Azhan berkata ia akan dijalankan seminggu sebelum Aidilfitri di sembilan lokasi membabitkan ketiga-tiga daerah di negeri ini.

"Kita berharap program seumpama ini akan dapat memberi manfaat dan memberi lebih penjimatan kepada orang ramai untuk berbelanja barangan keperluan sepanjang Ramadan ini hingga menjelang Aidilfitri nanti," katanya.

Beliau berkta demikian kepada media selepas merasmikan program Semarak Ramadan Pasar Tani dan Sambutan Ulang Tahun ke-40 Pasar Tani peringkat negeri Melaka di Masjid Tanah di sini hari ini

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan