KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) 2025 di 15 buah universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan sekolah terpilih di seluruh negara bermula 5 hingga 20 Mac ini.
Pengerusi PTPTN Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata IMRAN yang memasuki tahun kelima merupakan program tradisi bagi berkongsi rezeki bersama warga institusi pendidikan serta komuniti setempat.
“Program IMRAN bukan sekadar membantu pelajar dan komuniti yang memerlukan, tetapi juga mengukuhkan hubungan kekeluargaan PTPTN dengan institusi pendidikan melalui kerjasama yang erat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian dan pelepasan IMRAN di Menara PTPTN, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid, Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Zainah Rujihan, pengurusan PTPTN dan para pelajar PSA.
Norliza berkata pengisian program IMRAN tahun ini termasuk aktiviti gotong-royong menyediakan bubur lambuk, bubur manis atau makanan berbuka puasa untuk diagihkan kepada lebih 10,000 masyarakat dan pelajar sepanjang program berkenaan.
“Diharapkan sumbangan PTPTN ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan perbelanjaan di bulan Ramadan ini,” katanya.
Beliau berkata sebagai institusi yang komited terhadap kelestarian pendidikan negara, PTPTN akan terus memperkasakan IMRAN sebagai medium kebajikan dan jaringan kerjasama dengan institusi pendidikan bagi memberi impak positif kepada semua pihak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial