WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ADIK PEREMPUAN BEKAS PEMAIN BOLA SEPAK KEBANGSAAN DITEMUKAN SELAMAT

08/03/2025 12:51 PM

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Selepas 12 hari hilang, adik perempuan bekas pemain bola sepak kebangsaan Hadin Azman akhirnya ditemukan selamat di rumah keluarga angkatnya di Jalan Sikamat Lama, Seremban Putra, Negeri Sembilan hari ini. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail dalam kenyataan ringkas mengesahkan penemuan Nur Khalisya, 16, pada 11.14 pagi tadi.

“Maklumat lanjut akan menyusul,” katanya. 

Semalam Bernama melaporkan Nur Khalisya dipercayai hilang di sekitar Jalan Peel di sini sejak 25 Feb lepas.

Hadin dalam hantaran menerusi media sosial berkongsi poster memaklumkan kehilangan adik perempuannya dan memohon bantuan orang ramai mengesan remaja itu.

Mohamad Lazim juga mengesahkan menerima laporan daripada ibu remaja itu yang menyatakan menyedari kehilangan anaknya ketika mahu mengambilnya pulang dari sebuah sekolah di Jalan Peel pada 4 petang, 25 Feb lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan